Kitab dari Tuhan

Sumber : https://syafiqahsham.wordpress.com/2013/10/23/kitab-kalam-dari-tuhan/

Kitab… Kalam dari Tuhan…

Berdebat…

Pertama kali…

Asalnya, aku hanya nak pertahan adik seatok senenek aku yang diasak dengan hujah bukan-bukan (bagi aku) sahabat baiknya mungkin… Cross-debate within Christianity and Islam… Semua pasal penggunaan nama Allah…

Sungguh, selalunya… Debat-debat begini biasanya aku hanya biarkan sepi, sekadar baca dan senyum sendiri bila melihat mereka bertelagah menjadi keyboard warrior agung…

Aku hanya senyum… Ya! Senyum… Sebab aku kadang-kadang merasakan, nilai intelek ku kurang dibanding orang…

Tapi, bila melihat adikku nan seorang ini… Bertatih-tatih berhujah… Diakhiri dengan baris ayat ini…

“Bagi ku Agama ku, Bagi mu, Agama mu…”

Aku rasa a bit off sikit…

Yup! Kadang-kadang, berdiam diri itu lebih baik…

Tapi, ada kala, berbicara dengan si dangkal, ada baiknya kau selit sikit rasa kau sikit bodoh plus kau sikit pandai dari dia…

Dan aku menyelit di tengah kebisuan keduanya… Dengan hujahku yang panjang berjela…

Katanya, Islam itu terwujud beratus tahun selepas Kristian…

Katanya lagi, Islam itu wujud selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul..

Benar, memang benar sebenarnya… Islam itu terwujud kemudian selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul…

Yang terwujud pada zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi Isa, adalah agama Tauhid… Agama Tauhid yang mengEsakan Allah s.w.t. semata… Bukannya menduakan Allah dengan Ruhhul Quddus, mahupun Jesus…

Dan, dia membalas katanya, Kristian itu juga wujud semasa zaman Adam… Katanya, carilah dalam internet, sumbernya banyak…

Aku tegaskan di sini…

Kalau Kristian itu terwujud sejak Adam, kenapa tidak Adam saja yang kau sembah? Kenapa Jesus itu jadi tuhan ke-3 mu? Jadi anak Tuhan mu?

Bukankah Adam itu lahir tanpa ibu, tanpa bapa? Dijadikan oleh Allah dari tanah? Bukan lahir dari persenyewaan lelaki dan perempuan?

Kalau benar dari zaman Adam, Kristian itu ada… Kenapa tidak Hawa kau agungkan seperti kau mengagungkan Mariam?

Kenapa?

Pernah kau bertanya diri sendiri?

Hmmm…

Aku hanya mampu senyum… Sungguh! Senyum…

Hujah berdasarkan sumber internet?

You got to be kidding me!

Sejak zaman Nabi Adam dan Hawa, yang terwujud hanya agama Tauhid… Yang mengEsakan Allah semata-mata… Tidak pernah terwujud lagi agama lain selain agama Tauhid pada waktu itu…

Dan, kalau hujah kau adalah kerana dalam kitab Bible mu ada menyebutkan kisah Adam…

Biar aku jelaskan…

Kami, orang Islam… Percaya, bahawasanya, ada 4 kitab yang terwujud di atas muka bumi ini… Yang beragama Tauhid atau Samawi… Yang suci, kalam dari Ilahi…

Iaitu, Zabur – untuk Nabi Daud, Taurat – untuk Nabi Musa, Injil – untuk Nabi Isa, dan Al-Qur’an – untuk Nabi Muhammad s.a.w.

  1. Zabur – untuk Nabi Daud… Masih wujud hingga sekarang… Agama yang memegang pada Kitab Zabur ini sekarang dikenali sebagai Zoroastrianisme… Cuma, umat Islam tidak lagi mengimani kitab ini yang terwujud pada zaman ini, sebab isi-isinya bukanlah asli lagi, malah sudah ditokok tambah sana sini…Zoroastrianism-9780816057238
  2. Taurat – untuk Nabi Musa… Kitab ini masih wujud… Dipegang dan diimani oleh kaum Yahudi… Sungguh, ini laaa kitab Torah yang mereka yakini… Dan, umat Islam tidak sesekali mengimani kitab ini, kerana ia tidak diyakini sumbernya 100% dari Allah… Sudah pasti ia ditokok-tambah berkali-kali…Torah_Reading_Sephardic_custom
  3. Injil – Kitab Nabi Isa… Inilah pegangan kamu bukan? Turun pada Nabi Isa semasa kenabiannya.. .Dan ia tidak sesekali juga kami imani pada zaman ini sebab sudah punya penambahan dari paderi-paderi besar kamu… Bukan semata-mata ayat dari Ilahi…Bible Page
  4. Al-Qur’an – kitab suci diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W… Sungguh, ini adalah kitab suci.. Kerana itu kami imani kitab ini… Sebab ia ayat-ayat suci dari Allah… Seperti termaktub dalam ayatnya yang suci…quran-2154

Dan sungguh, kami mengimani semua Kitab yang turun dari Allah pada Nabi-nabinya… Cuma, bukan kitab itu yang ada pada zaman ini… Kerana kitab itu sudah bercanggahan… Dan tidak lagi layak digunakan sebagai kata rujuk pada Ayat Ilahi yang suci dan tidak punya cacat cela…

Dan, bilamana kamu menyatakan Kristian itu terwujud sejak zaman Adam… Aku tegaskan sekali lagi… Tidak! Kamu sudah terkeliru sama sekali…

Seperti kataku di awal tadi…

Kerana ia kalam Allah pada mulanya… Maka penceritaan tentang Nabi Adam itu ada… Sebagaimana ia diceritakan dalam Al-Qur’an… Buat kamu jadi pedoman… Bukanlah ia membuktikan bahawa agama kamu terwujud sejak zaman itu sejak waktu itu…

Dan kau mahu kembali membaca sejarah?

Silakan! Bentangkan hujah sejarahmu… Mari kita sama-sama mengkaji… Mengkaji secara ilmi… Bukan dengan emosi…

Kajilah… Membacalah… Bukan mengharap pada sumber bisu yang ada pada internet semata… Kerana sumber bisu internet ini… Biasanya dibawa, dihujah oleh yang bukan ahlinya…

Sedangkan, assignment yang dipinta pensyarah jika diberi sumber dari internet yang tidak tahu mana kesahihannya pun, ditolak mentah sang murabbi… Inikan pula, hujah agama seperti ini…

Sungguh, aku juga seorang yang masih lagi mengkaji… Masih lagi mencari.. Dan masih lagi mahu membaiki diri…

Moga sama-sama kita belajar dan mencari hikmah atas perdebatan ini…

Wallahu’alam…

Sunnatullah

Sumber : https://syafiqahsham.wordpress.com/2013/12/23/ini-sejarah-kita-part-1-sunnatullah/

Ini Sejarah Kita: Part 1 – Sunnatullah.

(Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) “Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.

(Al-Fath – 48:23)

Sunnatullah – peraturan Allah…

Kita lahir di dunia, membesar, dewasa adalah sunnahtullah.

Takatdidih air juga sunnatullah.

Ulat beluncas yang hodoh bertukar menjadi rama-rama yang cantik juga sunnatullah.

Dan, sekian banyak perkara yang berlaku di atas muka bumi ini, semuanya berdasarkan sunnatullah, yang dah tertulis, tersimpan kejap dalam Loh Mahfuz.

Kan?

Naik turunnya Islam – bermula dengan asing, berakhir dengan asing – juga sunnatullah.

Malah, hingga sekecil-kecil atom/zarah juga bergerak berdasarkan sunnatullah.

Hatta ,kau kahwin, mati, hidup, beranak-pinak etc, juga atas pentadbiran Allah – masih, sunnatullah!

Jadi, tak perlu laaa dok Tanya bila orang nak kahwin dan dengan siapa…

*Eh?*

Jadi, bilamana mereka mempersoalkan kedaulahan Islam di dunia pada masa kini, adakah mereka mempersoalkan Sunnahtullah yang Allah dah tetapkan ini?

Hmmm…

Rasanya, kerana kurang ilmu, kurang pembacaan, malah kurang daya nak mengkaji tu yang buat orang menyoal soalan yang bukan-bukan…

Eh, tidaklah bermakna kita perlu berserah je… Biar je… Yelah, nanti-nanti Islam menang jugak! LOL!

Malu ah… Islam menang, tapi, nama awak bukan salah seorang yang menjadi pembawa Islam ke tahap Ustaziyatul Alam tu… Tak ke?

Sunnatullah… Sejarah yang dah berlaku dalam dunia ini, bukanlah suatu kebetulan semata-mata, melainkan ia merupakan setiap peristiwa yang telah tercatat menurut sunnah Allah s.w.t semata-mata.

Kebangkitan, kejatuhan juga pergerakan bawah tanah Islam, semuanya sudah Allah tetapkan.

Dan, memang sudah sunnah Allah Islam itu kembali asing di akhir zaman.

Tapi…

Ia bukanlah alasan untuk kita jadi manusia yang bersikap tunggu dan lihat…

Tunggulah, nanti ada orang yang akan jadi Sultan Al-Fateh era moden…

Tunggulah, nanti Allah pasti akan turunkan hambaNya yang bertakwa untuk jadi seperti Salahuddin Al-Ayubi..

Tunggulah… Nantilah..

Bukankah Allah kata kita perlu berusaha sebelum bertawakkal sepenuhnya pada Allah?

Banyak mana usaha kita?

Banyak mana dakwah kita?

Takkan nak tengok je, jadi pemerhati? Jadi si bisu? Atau jadi si buta yang hilang tongkat? Hanya tunggu orang datang pimpin?

Kenapa bukan kita yang jadi agen penggerak ke arah sunnatullah yang membawa kemenangan Islam satu masa nanti?

Kalau sekadar nak jadi keyboard warrior, kalau setakat tahu bashing di mukabuku, atau bashing di laman blog tanpa daya usaha yang jitu secara langsung dengan badan-badan dakwah yang bergerak aktif…

Rasanya, boleh muntah-hijaukan diri anda sendiri!

*Eh, emosi pula*

Kerana, sunnatullah itu pasti…

Islam, satu ketika dulu pernah mentadbir 2/3 dunia. Ketika bangsa Rom, Parsi, Greek, India dan China tenggelam dalam akhlak kotor dan kalut mereka.

Islam, pada ketika ia mentadbir 2/3 dunia, digeruni dan menjadi kayu pengukur pada tamadun Eropah berkembang biak seperti sekarang. Pimpinan khilafah disegani dan dijadikan sebagai pedoman mereka. Tatkala Islam menjadi serba tinggi dan menjadi sumber rujukan dunia.

Ya, Islam itu yang pernah menghasilkan pemimpin-pemimpin hebat seperti Sultan Ahmad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan ramai lagi. Malah melahirkan para ilmuwan terbilang yang dikenali hingga kini. Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan lain-lain.

Dan, kerana sunnah Allah, Islam jatuh jua… Kerana kepincangan akhlak umat Islam itu sendiri yang leka dan alpa.

Tapi, masih, ia bukan satu kebetulan. Ia masih di bawah pentadbiran Allah Yang Esa semata-mata.

Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.

(Ibrahim – 14:27)

Dan, masih juga, samada kau baik, atau kau jahat, kau kafir atau kau muslim, kau kaya atau kau miskin, semua itu sunnatullah yang telah Allah tetapkan.

Dan sesungguhnya telah Kami binasakan orang yang serupa dengan kamu. Maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?

(Al-Qamar – 54:51)

Dan, telah Allah katakan, seharusnya, setiap yang jadi sejarah itu, harus kita teladani dan ambil iktibar. Bukannya dengan berserah membabi-buta tanpa daya usaha yang ampuh dan jitu.

Ohhoi!

Mari jadi seperti mereka semua. Mari membina diri menjadi Individu Muslim yang mampu menyumbang kepada Baitul Muslim dan Masyarakat Muslim. .Tangga menuju Daulah Islam, dank e arah Khilafah Islam itu, sangat panjang. Apatah lagi menjejak ke tangga Empayar Islam sebelum kembali bergelar Ustaziyatul Alam.

Benar, ia sunnatullah.

Tapi, tak mahukah kita jadi salah seorang penyumbangnya?

*Wink, Wink, Wink*

Wallahu’alam.