Jangan Tunggu

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

🌻2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

🌻4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….

🌻5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu
memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.

🌻6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

🌻7.Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu..

🌻8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai..

🌻9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

🌻10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..

🌻11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu..

🌻12. Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

🌻13. Jangan menunggu waktu luang untuk membaca Alqur’an,
Tapi luangkan waktu untuk membaca Alquran

-Whatsapp

Peristiwa

Di dalam kehidupan siapa yang tiada peristiwa? Jika dibukukan segala peristiwa yang ada di dalam setiap diri manusia pasti mengalahkan segala novel-novel yang ada. Kerana apa?

Kerana peristiwa itu hidup dengan diri kita. Lantas peristiwa itu memberi nilai dan makna pada diri kita. Ia mengajar kita secara tidak langsung. Peristiwa datang dengan tarbiyah dari Allah.

Namun terlalu sedikit manusia yang mengambil manfaat dari sudut edukatif ini. Walhal bisa menjadi pengajaran dan hikmah dalam menanamkan keimanan serta menggunakannya dalam mentarbiyah manusia lain. Begitu hebatnya Allah, bagaimana Dia menjadikan peristiwa di dalam Quran untuk kita. Bukan sekadar cerita kosong. Kisah yang membangkitkan manusia dengan iman dan gerakan amal.

Sebagai contoh lain, hari ini kita tersepak batu, bukanlah sia-sia, ada manfaat di sebaliknya, begitulah juga di dalam peristiwa kehidupan. Hanya menambah baik cara kita berfikir dan memandangnya.

Dari Jabir ra, bahawa Rasulullah SAW menjumpai seekor bangkai anak kambing lagi cacat telinganya lalu baginda mengangkat dgn memegang kedua telinga bangkai itu lantas bersabda:

“Siapakah di antara kalian yang ingin membeli bangkai ini dengan harga satu dirham? Kemudian para sahabat pun menjawab : “Kami sama sekali tidak mengiginkannya, apa yANg kami dapat lakukan dengan bangkai itu? Lantas Rasulullah saw kembali bertanya, “Apakah kalian mahu bila bangkai ini menjadi milik kalian?” Para sahabat kembali menjawab “Demi Allah seandainya bangkai ini hidup pun kami tidak berminat kerana ia cacat apalagi sudah menjadi bangkai”kemudian Rasulullah SAW seraya berkata

Demi Allah  dunia itu lebih hina di mata Allah daripada bangkai ini di mata kalian.“(Hadis riwayat muslim)

UntitledUntitled

Untitled

Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama.

Untuk apa ALlah beri kita semua ini? Begitu tanyaku pada seorang ukhtiku yang amat berhikmah.

‘ Kerana, ramai orang akan terkesan dengan tarbiyah peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu, Allah datangkan, untuk membaiki diri kita, menjadikan diri kita yang lebih baik dari sebelum ini’

Dia meneruskan:

‘ Allah, akan berterusan memberikan ujian, sehinggalah pada satu masa, hambaNya itu takkan dapat minta pertolongan pun dari manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hambaNya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.‘

Begitulah jirusan taujihatnya kepadaku.

Dan dia berbicara sambil mengenangkan juga ujian yang dihadapinya, walaupun tidak dikongsikannya kepadaku. Dan kami tahu, betapa ramainya lagi akhawat yang menanggung ujian yang bukan sedikit, semenjak berkenalan dengan bumi dakwah yang sebenar; bumi Malaysia.

‘ Sehinggakan Allah, mahu kita muhasabah balik diri kita, dan betulkan balik niat kita, setiap kali kita melangkah..’

Benarlah, ujian Allah, pada setiap seorang dari kita adalah tailor-made.

Engkau dan aku, ujian kita takkan sama.

Sebab Allah, nak mengkoreksikan kelemahan kita itu.

Selagi mana kita masih ada lagi kelemahan, ataupun terjebak dengan dosa-dosa, Allah akan datangkan ujian, yang menyingkapkan kelemahan kita. Agar kita kembali kepaada Dia, membetulkan diri kita, dan menjadikan diri kita, lebih baik dari semalam.

Selagi mana kita tak improve, selagi itu Allah akan uji pada titik kelemahan kita.

Subhanallah.

Benarlah, rakan yang baik itu, memberikan kesan kepada diri kita. Alhamdulillah

Muharikah : https://muharikah.wordpress.com/2011/11/27/ujian-allah-itu-tailor-made/

Aku meninggalkan kamu dalam keadaan aku tahu, dirimu teramat memerlukan bantuan dan bimbingan.

Dan ternyata juga melihat dirimu yang sentiasa sahaja berdikari, mencuba perkara baru, dan akhirnya belajar dari kesilapan diri sendiri sangat mematangkan.

 

Mengikat jiwa dengan peristiwa memberi kesan yang amat mendalam ke dalam jiwa dan ruh. Thabat (tetap pendirian/tabah) dalam peristiwa kehidupan akan memudahkan jiwa membiasakan diri melaksanakan tugas tanpa terpengaruh dengan perubahan-perubahan yang berlaku.

Ia menghubungkan jiwa dengan amalan bukan dengan hasil. Nilai-nilai ini diambil daripada sifat ikhlas dan pembaikan niat. Sifat ini juga menghasilkan faedah yang amat besar dalam realiti kehidupan.

Tarbiyah Melalui Peristiwa,
Prof. Dr. Toriq

Bisa rujuk di sini – http://abuamru1208.blogspot.com/2012/06/tarbiyah-melalui-peristiwa.html